LABUAN: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Wilayah Persekutuan Labuan, petang ini dalam lawatannya ke pulau berkenaan.
Sejurus tiba, Timbalan Perdana Menteri mengadakan perjumpaan khas tertutup bersama pemimpin Barisan Nasional (BN) Parlimen Labuan di bilik khas Lapangan Terbang Labuan.
Muhyiddin dijadual melancarkan majlis pecah tanah tapak perumahan mampu milik di Kampung Ganggarak, Labuan jam 4.15 petang.
Timbalan Perdana Menteri kemudian akan merasmikan majlis penutupan sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2013 di Dataran Labuan, jam 8 malam ini. - BH
No comments:
Post a Comment