My Add

Monday 4 February 2013

Muhyiddin ajak umat Islam tolak fahaman songsang terhadap Islam

SERDANG, ISNIN, 04 Februari, 2013: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak umat Islam di negara ini supaya menolak segala fahaman songsang mengenai Islam yang boleh mengancam akidah dan mencetuskan suasana tidak harmoni dalam masyarakat.

Muhyiddin berkata, adalah malang sekiranya umat Islam dibiarkan berpecah belah semata-mata kerana ada sebahagian daripada mereka terpengaruh dengan fahaman yang terpesong daripada ajaran Islam sebenar.

"Tindakan sebegini hanya akan mencetuskan persengketaan dalam masyarakat yang akhirnya menjejaskan nikmat keharmonian dan keamanan yang kita kecapi selama ini," katanya berucap merasmikan Multaqa Nasional Guru Pendidikan Islam di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di sini.

Justeru, beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, guru pendidikan Islam perlu memainkan peranan lebih aktif dalam menyampaikan mesej dakwah yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah serta memimpin masyarakat ke arah kebenaran.

"Dengan suluhan ilmu ustaz dan ustazah kita di seluruh negara, masyarakat kita dapat menghayati ajaran Islam sebenar serta terhindar daripada dipengaruhi fahaman songsang mengenai Islam," katanya. - BH

No comments:

Post a Comment