My Add

Tuesday 5 February 2013

Najib harap pelajar dapat manfaat bantuan RM400,000 kepada lapan SJKC

KUALA LUMPUR, SELASA, 05 Februari, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berharap bantuan berjumlah RM400,000 bagi membaiki lapan buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Kuala Selangor akan memberi manfaat kepada pelajar di sekolah berkenaan.

"(Kami) telah mengagihkan RM400,000 sebagai bantuan membaiki bangunan kepada lapan sekolah kebangsaan Cina di Kuala Selangor. Saya harap bantuan itu akan amat memanfaatkan pelajar," katanya dalam tweet terbaru beliau malam tadi.

Semalam, kesemua sekolah berkenaan masing-masing menerima bantuan RM50,000 daripada Kementerian Kewangan.

Sekolah itu ialah SJKC Liat Choon, SJKC Chung Wah, Jalan Sasaran, SJKC Pui Teh, SJKC Liat Choon, kesemua di Jeram, SJKC Yuk Chin, Bestari Jaya, SJKC Pui Chi, Assam Jawa, SJKC Ijok dan SJKC Aik Thee di Kuala Selangor.

Bantuan pendidikan kepada sekolah disalurkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Najib berdasarkan kesedaran bahawa negara memerlukan modal insan berpengetahuan untuk mencapai status negara maju. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment