SUNGAI SIPUT, SELASA, 05 Februari, 2013: Empat beranak ditemui rentung dalam kebakaran rumah mereka di Taman Bukit Medan di sini, awal pagi tadi.
Mangsa iaitu wanita berusia 50an serta tiga anaknya berusia antara 16 hingga 23 ditemui rentung di bahagian dapur rumah selepas kebakaran berjaya dipadamkan pada jam 12.57 pagi.
Polis setakat ini menyiasat kejadian itu sebagai mati mengejut kerana tidak menolak kemungkinan kes itu berpunca mangsa terlalu sedih dengan kematian ketua keluarga mereka beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, polis masih menyiasat lanjut punca kes itu termasuk dakwaan jiran terdengar letupan kuat di bahagian dapur rumah berkenaan. - BH

No comments:
Post a Comment