My Add

Sunday 10 February 2013

Najib jumpa pemimpin komuniti Cina, ahli jawatankuasa BN Pulau Pinang

GEORGETOWN, AHAD, 10 Februari, 2013: Datuk Seri Najib Razak tiba di Hotel Traders sebentar tadi untuk bertemu pemimpin komuniti Cina dan ahli jawatankuasa badan perhubungan Barisan Nasional (BN) negeri.

Hadir diiringi beliau ialah isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

Kira-kira 200 hadir di pintu masuk hotel berkenaan untuk menyambut ketibaan Perdana Menteri pada kira-kira jam 5 petang tadi.

Najib tiba di sini untuk lawatan kerja dua hari ke negeri ini, bermula hari ini.

Perdana Menteri kemudian dijangka menghadiri majlis makan malam bersama media Pulau Pinang di G-Hotel di Persiaran Gurney di sini.

Beliau seterusnya dijangka menghadiri sambutan Maulidur Rasul di Masjid Kapitan Keling sebelum singgah di restoran nasi kandar beratur bersebelahan masjid berkenaan.

Esok, Perdana Menteri dijangka menghadiri sambutan Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina yang berlangsung di Kolej Han Chiang di sini bersama kira-kira 80,000 tetamu. - BH

No comments:

Post a Comment