My Add

Sunday 17 February 2013

Najib rasmi Yee Sang terpanjang di Malaysia

KUALA LUMPUR, AHAD, 17 Februari, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merasmikan Yee Sang terpanjang di Malaysia di perkarangan pusat beli belah Pavilion, sebentar tadi.

Yee Sang sepanjang 977 meter yang dihasilkan 69 chef itu diiktiraf dalam Malaysia Book of Records dengan memecahkan rekod tahun lalu sepanjang 880 meter.

Yee Sang berkenaan dibuat di sepanjang Jalan Bukit Bintang sempena Festival Tahun Baru Cina 2013 anjuran Human Voyage (M) Sdn Bhd bersama lebih 450 persatuan masyarakat Cina.

Turut hadir, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketibaan Najib turut disambut persembahan 333 tarian singa. - BH

No comments:

Post a Comment