My Add

Thursday 7 February 2013

Pandangan Nasharudin gesa PAS keluar pakatan tepat

KOTA BHARU, KHAMIS, 07 Februari, 2013:: Pandangan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang menggesa parti itu keluar daripada pakatan pembangkangadalah tepat, kata Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.

Mohd Fatmi berkata pandangan itu selaras dengan kehendak akar umbi parti yang sejak akhir-akhir ini banyak mengadakan protes membantah campur tangan dan desakan DAP terhadap dasar-dasar yang dilaksanakan PAS.

"Hakikat sebenarnya pandangan Nasharudin itu memang tepat. Kita sudah lihat percanggahan antara PAS dengan DAP ini sendiri...PKR (Parti Keadilan Rakyat)hanya tepuk tangan tunggu tengok sahaja," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Ang Pau kepada warga emas masyarakat Tionghua di sini, malam tadi.

Pada majlis itu, seramai 3,000 warga emas masyarakat itu mendapat sumbangan RM100 seorang sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut Ahad ini.

Mohd Fatmi yang juga Ketua Umno Kota Bharu mengulas wawancara Nasharudin dengan sebuah akhbar tempatan yang mendesak PAS keluar daripada pakatan pembangkang dan bergerak secara bersendirian bersandarkan kekuatannya jika ingin terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Menurut Nasharudin walaupun PAS menjalin hubungan dengan DAP dan PKR berasaskan konsep tahaluf siyasi atau muafakat politik, pelanggaran beberapasyarat dalam ikatan itu oleh rakan pembangkang jelas mengusik kesucian Islam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment