My Add

Tuesday 5 February 2013

Pekida disaran bantu laksana program kebajikan

 *SEBAHAGIAN ahli Pekida yang menghadiri majlis ramah mesra Pekida daerah Kuala Terengganu yang turut disertai Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu malam tadi. - UTUSAN/AZLAN BAHRUM

KUALA TERENGGANU, selasa, 05 Februari, 2013: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said meminta Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) membantu kerajaan melaksanakan pelbagai program untuk kebajikan rakyat.

Katanya, Pekida mempunyai ramai anggota yang boleh dimanfaatkan untuk perpaduan ummah.

“Kita yakin pertubuhan Pekida yang bergerak selari dan tidak bercanggah dengan dasar kerajaan, mampu menangani pelbagai masalah yang timbul," katanya pada majlis ramah mesra bersama kira-kira 3,500 anggota Pekida cawangan Kuala Terengganu di sini hari ini.

Beliau juga menyarankan pertubuhan itu menjalankan lebih banyak program yang dapat merapatkan hubungan antara anggota dan juga masyarakat.

Pada majlis itu Ahmad turut bersetuju meluluskan peruntukan segera sebanyak RM50,000 kepada Pekida Kuala Terengganu menjalankan kegiatan mereka tahun ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment