My Add

Wednesday 6 February 2013

Pemilik kelab malam cedera parah ditembak

BUKIT MERTAJAM, SELASA, 05 Februari, 2013: Seorang pemilik kelab malam cedera parah selepas terkena tembakan dilepaskan lelaki yang menaiki motosikal ketika kereta mangsa berhenti di lampu isyarat di Jalan Bukit Tengah di sini malam tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata Tan Sheng Suo, 43, terkena tiga das tembakan iaitu di kepala, muka dan badan.

Katanya, ketika kejadian mangsa dan rakannya dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari kelab malamnya di Perai, bagaimanapun rakan Tan tidak mengalami sebarang kecederaan .

"Sebaik kereta jenis Mercedes Benz yang dipandu mangsa berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan, sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki datang menghampiri kenderaan itu sebelum melepaskan beberapa das tembakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, Tan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya sebelum dipindahkan ke sebuah hospital swasta di George Town, dekat sini dan berada dalam keadaan kritikal.

"Setakat ini kita belum tahu motif kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan, tapi polis tidak menolak kemungkinan ia berkaitan dengan dendam," katanya dan menurutnya polis sedang mengesan dua lelaki terbabit. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment