My Add

Wednesday 6 February 2013

Seorang lagi Geng Aime mati ditembak

KOTA BHARU, SELASA. 05 Feruari, 2013: Polis menembak mati seorang lagi anggota Geng Aime di kawasan berhampiran air terjun Gunung Setong, Kuala Krai pagi ini yang sebelum ini berjaya melarikan diri selepas menyamun seorang kerani sebuah syarikat yang baru mengeluarkan wang tunai sebanyak RM50,000 dari sebuah bank, pada Ahad lalu.

Polis dalam kejadian di Kampung Sungai Sam, Kuala Krai, Ahad lalu, menembak mati dua rakan suspek selepas berlaku kejadian tembak-menembak.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 pagi ini, suspek berusia 27 tahun itu mati ditembak di tempat kejadian setelah cuba menetak seorang pegawai polis menggunakan sebilah pedang berukuran 75 sentimeter. Polis masih melancarkan operasi memburu seorang lagi rakan suspek yang masih bebas.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pemeriksaan polis pada tubuh suspek yang berasal dari Paka, Terengganu itu, menemui dua ikat wang berjumlah RM6,150 dan pil-pil berwarna merah dipercayai pil kuda.

"Kita menerima maklumat daripada orang kampung pada pukul 10.30 pagi tadi bahawa salah seorang suspek bersembunyi di kawasan hutan berhampiran air terjun Gunung Setong, lalu polis ke lokasi tersebut.

"Semasa polis membuat kepungan, seorang inspektor polis telah melihat sesuatu yang bergerak dipercayai manusia lalu menghampiri kawasan itu dan tiba-tiba diserang suspek bersenjatakan pedang. Pegawai polis itu telah melepaskan satu das tembakan ke arah suspek untuk mempertahankan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment