My Add

Sunday 17 February 2013

Penceroboh di Sabah bukan pengganas

Oleh THOMAS CHONG dan HISYAMUDDIN AYUB


PUTRAJAYA, SABTU, 16 Februari, 2013: Hasil perisikan mendapati kumpulan orang asing bersenjata api yang menceroboh Pantai Tanduo berdekatan Lahad Datu di Sabah bukan pengganas dan mereka tidak pernah terlibat dalam sebarang aktiviti keganasan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perbincangan sedang dilakukan dengan kumpulan penyokong kesultanan Sulu itu supaya mereka diusir dari negara ini tanpa sebarang insiden pertumpahan darah.

"Terdapat penyebaran pelbagai spekulasi dan maklumat palsu tentang kejadian ini. Sebarang spekulasi termasuk daripada media asing merupakan tindakan tidak bertanggungjawab.

"Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan sejak awal lagi tidak berkompromi tentang soal keselamatan dan hak rakyat di Sabah," katanya kepada pemberita selepas penutupan program Jelajah Anak Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment