My Add

Sunday, 17 February 2013

Saya dah bersara - Tun Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR, SABTU, 16 Februari, 2013: "Saya dah bersara, saya tiada niat nak datang balik".

Demikian tegas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) berhubung cabaran supaya beliau bertanding dalam pilihan raya umum akan datang menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun, katanya, beliau kini giat berkempen untuk Barisan Nasional (BN) bagi membalas budi parti itu yang sebelum ini mengangkat dirinya sehingga menjadi Perdana Menteri.

"Ini balas budi. Sekarang ini orang tak ada dah nak balas budi, tapi saya masih ingin membalas budi.

"Dulu dia orang (BN) sokong saya, saya naik ke langit. Jadi saya sekarang ini turun dari langit sokong depalah (BN)," kata beliau dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis makan malam di sini malam tadi.

Semalam, bekas Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Nordin Mahmood mencabar Dr. Mahathir menentang Anwar dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana percaya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu 'telah lama dizalimi' bekas Perdana Menteri berkenaan dengan pelbagai cara dan patut dibela.

Dalam pada itu, ditanya berhubung kedegilan kerajaan Pas Kedah menebang balak di kawasan Hutan Simpanan Kerajaan di Hulu Muda sekiranya kerajaan Persekutuan gagal membayar pampasan RM100 juta untuk khidmat alam sekitar (PES) pada masa akan datang, Dr. Mahathir mempertikaikan tindakan berkenaan.

"Apa pasal nak bagi RM100 juta pula dia nak tebang pokok? Itu dia punya hal tapi dia rosakkan tempat, yang itu orang marah. Kenapa kerajaan Pusat kena bagi pula?" katanya.

Ditanya keputusan kerajaan negeri Selangor mahu membubarkan DUN lebih awal bagi membolehkan pilihan raya berasingan diadakan, beliau berkata, pilihan raya umum yang dijalankan serentak lebih efektif dari segi perbelanjaan.

"Kita perlu tenaga banyak untuk pilihan raya, sukarelawan, kita perlu sekolah yang mungkin pada masa itu ditutup dan sebagainya.

"Kalau kita buat sesuka hati, ini cari masalah sahaja. Kita tidak tahu kenapa dia (Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) buat macam itu. Dia takut kot (barangkali)," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment