My Add

Thursday 7 February 2013

Pendaftaran BRIM 2.0 dilanjutkan ke 15 Mac

PUTRAJAYA, KHAMIS, 07 Februari, 2013: Kerajaan memutuskan bahawa pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BRIM 2.0) ditutup pada 15 Mac 2013, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

"Kami beri tempoh sebulan lagi supaya mereka yang belum memohon akan dapat membuat permohonan.

"Falsafah kerajaan dalam konteks BR1M ialah untuk memastikan semua rakyat yang layak, mendapat BR1M," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada forum ekonomi perbendaharaan di sini.

Ahmad Husni berkata kerajaan mendapati hampir semua pemohon yang layak telah menghantar permohonan mereka dan sehingga kini sebanyak 7.3 juta permohonan diterima.

Bagaimanapun, dalam proses menentukan kelayakan individu mendapat BR1M 2.0, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri mendapati terdapat pemohon yang memohon dua kali. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment