My Add

Friday 8 February 2013

Pengerusi Bersih perlu siasat CEC DAP

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 07 Feb Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga didesak membuat siasatan mengenai kesilapan memalukan dalam proses pengiraan undi pada pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP bulan lalu.

Bekas Pemangku Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Faizal Affendi berkata, ini adalah masanya untuk Ambiga membuktikan beliau sememangnya memperjuangkan ketelusan dalam pemilihan yang bersih serta adil.

Tegasnya, Ambiga yang sentiasa mengaku memperjuangkan pemilihan telus dan jujur perlu membuktikan beliau bukan seorang hipokrit dan tidak memilih parti.

"Kita juga menuntut Ambiga memberi reaksi mengenai desakan ahli DAP yang menuntut pengiraan semula dibuat oleh audit bebas.

"Apakah Ambiga hanya menutup mata dan telinga apabila beberapa ahli mengatakan pemilihan CEC itu tidak telus dan jujur?," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment