My Add

Thursday 7 February 2013

Peniaga rugi RM setengah juta pasar mini terbakar

MUAR, KHAMIS, 07 Februari, 2013: Seorang peniaga kerugian hampir RM setengah juta ringgit apabila pasar mininya yang diusahakan sejak 15 tahun lalu di Taman Pertama, Sungai Abong di sini musnah dalam kebakaran awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 3.40 pagi, dua daripada tiga unit premis perniagaan itu musnah manakala satu unit menempatkan bahagian sayuran tidak terjejas.

Pemilik pasar mini berkenaan, Abdul Hamid Abdul Rahman, 58, berkata, kebakaran tersebut menyebabkannya kerugian hampir RM500,000 kerana kebanyakan barang jualan baru sahaja diterima semalam.

“Kejadian ini memang memeranjatkan dan saya sekeluarga masih sedih kerana ia adalah usaha titik peluh kami sejak 15 tahun lalu," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment