Penternak cedera ditetak penyerang tidak dikenali
BESUT, JUMAAT, 22 Februari, 2013: Seorang penternak cedera parah di kepala akibat ditetak penyerang yang tidak dikenalinya ketika mangsa berada di Medan Selera Bandar Jerteh, malam tadi.
Akibat kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa Zakaria Long, 53, dari Kampung Gaung terpaksa dikejarkan ke hospital.
Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Noorzainy Moh Noor, berkata mangsa dilaporkan sedang minum bersama seorang rakan apabila mereka didatangi seorang lelaki yang memakai topi keledar.
"Suspek terus menetak mangsa beberapa kali di kepala dengan sebilah golok sambil disaksikan beberapa orang lain," kata kepada pemberita, di sini.
Mangsa dikejarkan orang ramai ke Hospital Daerah Besut sebelum mangsa dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.
Noorzainy berkata, polis sedang menyiasat motif serangan dan mengesan suspek yang melarikan diri selepas kejadian.
Suspek dilaporkan memakai jaket berwarna hitam, berseluar jeans berwarna biru serta memakai topi keledar berwarna merah yang bercermin gelap. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment