*SEBUAH kereta rosak teruk dan runtuhan bangunan di kawasan kediaman Al-Ansari dekat Aleppo selepas pesawat udara Syria melancarkan peluru berpandu ke atas kawasan kediaman itu pada 3 Februari lalu. - REUTERS
BEIRUT, selasa, 05 FebRUARI, 2013: Pertempuran sengit tercetus antara tentera Syria dan pemberontak di bandar Aleppo, hari ini, ketika pergolakan di wilayah utara Syria semakin meruncing sejak enam bulan lalu.
Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia berkata, tentera menggunakan kereta kebal membedil dua bandar dikuasai pemberontak di Al-Bab dan Sfeira, pinggir Aleppo.
"Pertempuran berlaku awal pagi ini berdekatan berek tentera Mahlab di Aleppo.
Kedua-dua pihak mencatat kemalangan jiwa," kata pertubuhan itu, namun tidak memberi maklumat lanjut.
Pertempuran berlaku sehari selepas tentera Syria berjaya menawan bandar Khanasser, timur Aleppo, daripada pemberontak, menurut penduduk di situ. - Agensi

No comments:
Post a Comment