My Add

Wednesday 6 February 2013

Ahmadinejad mahu jadi orang Iran pertama dihantar ke orbit

*GAMBAR daripada laman web pejabat Presiden Iran merakamkan Ahmadinejad memerhati ke arah monyet yang berjaya dihantar ke orbit dan pulang ke bumi dengan selamat semasa majlis menraikan Hari Kebangsaan Teknologi Angkasa Lepas Iran di Teheran, kelmarin. - AFP
DUBAI, SELASA, 05 Februari, 2013: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad semalam berkata, beliau bersedia menjadi orang pertama di Iran dihantar ke orbit melalui program angkasa lepas negara ini, lapor agensi berita Mehr.

Minggu lalu, Iran mengisytiharkan bahawa saintisnya berjaya menghantar seekor monyet ke angkasa lepas dan kembali dalam keadaan selamat semalam, sekali gus menandakan kejayaan pertama Iran untuk menghantar manusia ke angkasa lepas.

Kejayaan program angkasa lepas republik Islam itu meningkatkan lagi kebimbangan Barat berikutan dakwaan teknologi roket yang sama berpotensi membawa peluru berpandu balistik untuk digunakan sebagai senjata nuklear. - Agensi

No comments:

Post a Comment