My Add

Sunday 3 February 2013

Pindaan AUKU galak lebih ramai mahasiswa IPTA sokong BN

MUAR, SABTU, 02 Februari, 2013: Pergerakan Pemuda UMNO menolak tanggapan bahawa pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang membolehkan mahasiswa bergerak aktif dalam politik, hanya akan menyebabkan mereka menyokong parti pembangkang.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya juga menerima pelbagai kritikan yang mengatakan idea penubuhan Kelab Institusi Pengajian Tinggi Barisan Nasional (Kibar) akan menggalakkan mahasiswa menyokong pembangkang secara terang-terangan.

"Selepas pindaan AUKU, memang tidak ada lagi sekatan untuk mahasiswa bergiat aktif dalam politik. Ramai yang risau dan mereka kata apabila memberi kebebasan, kita akan lihat ramai yang menyokong pembangkang dan sokong secara terang-terangan.

"Kita harus beri peluang kepada mahasiswa dan kalau kita beri kebebasan, saya yakin lebih ramai yang akan menyokong Barisan Nasional (BN)," katanya ketika berucap pada Pelancaran Kibar Zon Selatan, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment