My Add

Sunday 3 February 2013

Berfikir dahulu sebelum keluar fatwa - Mustapa

 *MUSTAPA  Mohamed bermesra dengan sebahagian penduduk ketika melawat Pondok Haji Ahmad Haji Ali di Kampung Pengkalan Machang, Pasir Mas, Kelantan, kelmarin.

PASIR MAS, SABTU, 02 Februari, 2013: Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat diminta berfikir dengan fakta yang lengkap sebelum mengeluarkan sesuatu 'fatwa' atau hukuman yang dikhuatiri boleh mengelirukan umat Islam.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berkata, tuduhan atau 'fatwa' yang dikeluarkan tanpa fakta lengkap merupakan satu tindakan zalim ke atas mereka yang dihukum.

"Sebelum membuat sesuatu 'fatwa', tuduhan atau pandangan kita perlu pastikan mempunyai fakta yang lengkap, itu mustahak.

"Kita mahu tanya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar itu mempunyai fakta yang lengkap atau tidak," katanya kepada Mingguan Malaysia selapas melawat Pondok Haji Ahmad Haji Ali di Kampung Pengkalan Machang, di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment