My Add

Monday 18 February 2013

Politik kebencian DAP perlu ditolak


 *WEE Choo Keong (berdiri, kiri) beramah mesra dengan tetamu sempena majlis
sambutan Tahun Baharu Cina di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, kelmarin.

KUALA LUMPUR, AHAD, 17 Februari, 2013: Politik kebencian yang dibawa DAP perlu ditolak rakyat berbilang kaum di negara ini kerana gaya politik itu membelakangi aspirasi pembinaan negara.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, kecenderungan pemimpin parti cauvinis Cina itu mempersoalkan sensitiviti kaum lain perlu dilihat sebagai petanda mereka langsung tidak memperjuangkan agenda penyatuan kaum.

"Saya sebelum ini bersama DAP selama 25 tahun, apa yang saya lihat mereka tidak memperjuangkan agenda pelbagai kaum meskipun membawa nama demokrasi. Saya cuma nampak nepotisme dan rasisme.

"Kalimah Allah dijadikan modal politik mereka untuk meraih undi, apakah rakyat tidak sedar DAP sangat berbuat apa sahaja demi kuasa?" katanya kepada pemberita dalam majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran beliau di sini semalam.

Kira-kira 10,000 penduduk pelbagai kaum di kawasan Wangsa Maju hadir untuk menunjukkan sokongan kepada Ahli Parlimen itu.

Choo Keong turut menempelak pihak yang menggunakan pengaruh asing untuk memuaskan nafsu politik mereka dan mempromosi Arab Spring di negara ini.

Menurutnya, perkara itu tidak membawa sebarang manfaat kepada negara yang telah sedia makmur dan harmoni tanpa penglibatan anasir-anasir asing sejak lebih 50 tahun.

"Konsep 1Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak amat bertepatan dengan negara ini. Kita terus hidup dalam harmoni di samping menolak gaya politik kebencian DAP," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment