My Add

Thursday 7 February 2013

Proton Preve dilancar di Brunei

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 07 Februari, 013: Proton Holdings Bhd hari ini melancarkan sedan keluarga barunya, Preve, di Brunei Darussalam.

Dengan pengenalan itu, sedan sederhana besar itu kini dibuka untuk tempatan di negara itu, sebagai tambahan kepada pilihan semasa model Proton yang ditawarkan kepada pelanggan di Brunei.

Brunei adalah pasaran antarabangsa ketiga bagi Prevé, dengan 14 model Proton telah memasuki pasaran negara itu sebelum Prevé.

United Motors Sdn Bhd adalah pengedar tunggal kereta Proton di Brunei.

Dalam satu kenyataan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Lukman Ibrahim, berkata pelanggan di Brunei kini boleh membeli model Proton baru yang meningkatkan penanda aras bagi generasi baharu kereta dalam banyak aspek utama termasuk keselamatan dan prestasi.

Pada Oktober lalu, Proton memperkenalkan model itu kepada pasaran Australia pada Pameran Kereta Antarabangsa Australia 2012.

Pada November pula, Prevé dilancarkan di Thailand di Ekspo Permotoran Antarabangsa Thailand 2012 di Bangkok. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment