My Add

Saturday 16 February 2013

PRU-13 tidak semestinya pada cuti sekolah

Oleh THOMAS CHONG

PUTRAJAYA, SABTU, 16 Februari, 2013: Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak semestinya diadakan ketika musim cuti sekolah pada akhir Mac seperti yang dispekulasikan orang ramai.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, beliau percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan pelbagai percaturan sebelum membuat keputusan tentang tarikh pembubaran Parlimen.

"Kebiasaannya kita adakan (pilihan raya) pada cuti sekolah, tetapi bukan satu kemestian kerana Perdana Menteri akan membuat perhitungan tertentu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga Parlimen Putrajaya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment