My Add

Saturday 16 February 2013

RM400 juta untuk pembangunan Orang Asli

Oleh ALI MAHMOOD

MARAN, SABTU, 16 Februari, 2013: Kerajaan memperuntukkan RM400 juta bagi melaksanakan embangunan untuk Orang Asli di seluruh negara sepanjang tahun ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, peruntukan itu merangkumi pendidikan, pembinaan rumah, bekalan air, elektrik dan ekonomi.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak meminggirkan pembangunan kepada Orang Asli, malah menyediakan peruntukan yang besar melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

"Antaranya ialah memberikan biasiswa kepada 450 pelajar Orang Asli yang kini sedang melanjutkan pelajaran di universiti awam di seluruh negara.

"Mereka mendapat tajaan biasiswa daripada kerajaan menerusi peruntukan JAKOA yang mana kesemua pelajar terbabit sebelum ini mendapat pinjaman daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang akan ditukarkan menjadi biasiswa," kata Mohd. Shafie kepada pemberita selepas menghadiri Program Mesra Rakyat bersama penduduk Kampung Kuala Sentul dekat sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment