My Add

Tuesday 5 February 2013

RM145.9 bilion dikumpul menerusi bon, IPO

KUALA LUMPUR, ISNIN, 04 Februari, 2013: Jumlah dana yang dikumpulkan daripada bon-bon korporat dan tawaran awam permulaan (IPO) tahun lepas, melonjak 89 peratus kepada RM145.9 bilion daripada RM77.2 bilion tahun 2011, kata Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Dalam satu kenyataan hari ini, SC berkata, jumlah itu dikeluarkan bersempena dengan kad skor tempoh suku baharu untuk suku keempat 2012.

SC turut memaklumkan yang sejumlah RM123.8 bilion terbitan dihasilkan daripada pasaran bon korporat, meningkat 73 peratus daripada RM71.2 bilion tahun sebelumnya.

"Ini mewakili jumlah tertinggi yang dikumpulkan setakat ini dengan terbitan sukuk berjumlah RM97.5 bilion atau 79 peratus daripada jumlah terbitan bon.

"Selain daripada itu, dana yang dikumpulkan daripada IPO lebih daripada tiga kali ganda daripada RM6.0 bilion pada 2011 kepada RM22.1 bilion," katanya.

SC telah menerima 46 permohonan untuk cadangan korporat dalam suku keempat 2012, berbanding dengan 35 permohonan suku sebelumnya.

Sejumlah besar permohonan yang diterima (72 peratus) ialah berkaitan dengan sekuriti hutang swasta (PDS).

Terdapat juga peningkatan dalam permohonan IPO yang diterima dari Pasaran Utama dengan enam permohonan dalam suku kajian, berbanding lima dalam suku sebelumnya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment