My Add

Tuesday 5 February 2013

Inovasi Malaysia terus maju

Oleh FAZRINA AYU RADUIAN

KUALA LUMPUR ISNIN, 04 Februari, 2013: Syarikat General Electric (GE) melalui kajiannya, GE Global Innovation Barometer 2013 menyatakan Malaysia berpotensi untuk terus maju jika inovasi dipertingkatkan dan momentum terus kekal.

Ini kerana, Malaysia merupakan negara yang ke-19 daripada 25 buah negara yang mempunyai persekitaran inovasi yang kondusif.

Ketua Pegawai Eksekutif GE (ASEAN), Stuart Dean berkata, keadaan itu dipacu oleh perkembangan positif negara, terutamanya beberapa polisi yang diperkenalkan oleh kerajaan, antaranya Program Transformasi Ekonomi (ETP).

"Pendidikan, birokrasi dan melindungi rahsia perdagangan menghalang ke arah inovasi, justeru ini harus diatasi bagi memberi lebih ruang untuk mengalakan persekitaran tersebut di negara ini," katanya ketika sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment