My Add

Sunday 24 February 2013

Sampai masa berjihad pertahan kalimah Allah

PULAU PINANG, SABTU, 23 Februari, 2013: Sudah tiba masanya orang Islam di negara ini berjihad bagi mempertahankan kalimah Allah daripada membenarkannya digunakan bagi tujuan syirik.

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Kelantan, Abdullah Sa'amah menegaskan, sudah jelas di dalam al-Quran, kitab tafsir dan fiqah bahawa kalimah itu tidak boleh digunakan untuk selain daripada Allah.

Jelasnya, perkataan Allah itu sendiri adalah diambil daripada bahasa Arab asli dan merujuk kepada zat-zat tertentu.

"Allah sendiri dalam al-Quran telah menegaskan menamakan diri-Nya sebagai Allah dengan merujuk kepada zat-zatnya tertentu dan tidak boleh diguna pakai untuk yang selain daripada-Nya.

"Malah ia turut disokong oleh ulama-ulama tafsir bahawa tidak boleh menyekutukan nama Allah dengan sesuatu yang lain selain dari Allah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment