My Add

Monday 11 February 2013

Sekat rancangan pembangkang cetus Arab Spring - Razali

MUAR, ISNIN, 11 Februari, 2013: Rancangan pembangkang untuk mencetuskan 'Arab Spring' selepas kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti perlu disekat di peringkat awal bagi memastikan keamanan negara tidak terheret dalam konflik politik seperti di Asia Barat.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, tindakan tidak bertanggungjawab pembangkang itu adalah satu penghinaan terhadap mandat yang diberikan rakyat dan ia seharusnya dihormati dan bukan dicabuli dengan berdemonstrasi.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, kerajaan perlu bersiap sedia dengan ancaman tersebut bagi memastikan kesejahteraan negara terus terpelihara serta menjamin keharmonian rakyat tidak tergugat.

"Rakyat juga perlu fikir, bersatu padu dan tolak mereka ini dalam pilihan raya umum akan datang. Kita perlukan kemenangan majoriti dua pertiga dan ia amat penting, dengan kuasa dua pertiga itu banyak perkara lagi yang boleh dilakukan untuk rakyat," katanya dalam sidang akhbar di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parlimen Muar di Parit Jawa, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment