My Add

Friday 15 February 2013

Semua parti bertanding berhak berkempen

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 14 Februari, 2013: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memastikan semua parti bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 mempunyai hak untuk berkempen selepas Parlimen dibubarkan.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya akan memastikan semua parti terlibat dalam pilihan raya termasuk calon bebas mempunyai hak untuk berkempen tetapi hanya apabila tempoh kempen rasmi bermula.

''SPR hanya boleh pastikan perkara itu apabila Parlimen dibubarkan nanti dan bukan sebelum itu.

''Pada masa ini, bidang kuasa pemasangan bendera atau sebagainya adalah di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) mengikut kerajaan negeri yang memerintah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Barisan Nasional (BN) mungkin tidak dibenarkan memasang bendera parti itu di Pulau Pinang sepanjang kempen pilihan raya berikutan kegagalannya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment