My Add

Saturday 2 February 2013

Serangan bom nekad di Kedutaan AS di Turki ragut dua nyawa

 ANKARA, SABTU, 02 Februari, 2013 (Turki): Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata pengikut fahaman marxis bertanggungjawab ke atas serangan bom nekad di depan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini, sehingga meragut nyawa pengawal keselamatan warga Turki dan pengebom nekad.

Beliau yang membuat kenyataan menerusi siaran televisyen Turki, HaberTurk berkata, pihak yang bertanggungjawab melancarkan serangan itu adalah Parti Pembebasan Revolusi Rakyat atau DHKP-C.

Katanya, kumpulan itu dilabelkan sebagai pertubuhan pengganas oleh AS dan Kesatuan Eropah.

"Saya berpegang kepada prinsip hanya akan mengeluarkan kenyataan apabila keputusan penuh diterima, tetapi ia adalah jelas dilakukan DHKP-C," katanya di sini, hari ini. - AP

No comments:

Post a Comment