My Add

Saturday 2 February 2013

3,000 lagi veteran ATM di Sabah layak terima SVTB1M

KOTA KINABALU, JUMAAT, 01 Februari, 2013: Kira-kira 3,000 lagi veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah diminta tampil mendaftar sebagai penerima Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M).

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan berkata, kerajaan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menyediakan peruntukan sebanyak RM234.5 juta kepada pesara ATM untuk diberi bantuan RM1,000 setiap seorang.

"Veteran ATM yang layak terdiri daripada mereka yang berkhidmat kurang daripada 21 tahun, bersara awal dan tidak berpencen atau menamatkan perkhidmatan secara terhormat tanpa mengira tarikh mula berkhidmat manakala tarikh tempoh perkhidmatan adalah pada atau sebelum 31 Disember 2012.

"Sekiranya mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, maka sewajarnya veteran ATM di negeri ini mendaftar sebagai penerima. Ada juga yang daftar sebelum ini tetapi tidak layak," katanya selepas majlis penyampaian bantuan SVTB1M di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment