My Add

Sunday 17 February 2013

Sistem semakan laporan polis diperluas mulai Jun

Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA
KUALA TERENGG, AHAD,ANU 17 Februari, 201 Sistem semakan laporan polis secara talian (SSO) dijangka diperkenalkan secara meluas ke seluruh negara selepas suku tahun kedua atau pertengahan tahun ini.

Pengerusi Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Polis Diraja Malaysia, Datuk Wira Ayub Yaakob berkata, ketika ini, sistem yang dibangunkan dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) masih dalam prototaip.

"Ia masih dalam beberapa peringkat kajian terakhir. Semakan online ini Insya-Allah kita akan laksanakan tahun ini juga. Bagaimanapun kaedahnya saya belum pasti lagi.

"Mungkin mereka (orang yang membuat laporan) akan diberi satu kata laluan untuk memudahkan mereka menyemak laporan yang telah mereka buat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment