My Add

Tuesday 5 February 2013

Status kematian mangsa Memali jadi tanda tanya

KUALA LUMPUR, ISNIN, 04 Februari, 2013: Status kematian pengikut Pas dalam tragedi Memali menjadi tanda tanya apabila Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi buku ‘Amanat Hj. Hadi: Antara Fitnah & Fakta’ menyifatkan pihak yang taksub dengan amanat beliau sebagai pelampau.

Sehubungan itu, bekas aktivis dan ahli seumur hidup Pas, Zainon Ismail mendesak Abdul Hadi menarik balik kenyataan melabelkan pengikut-pengikut Pas yang taksub sebagai pelampau kerana jika tidak, kematian mangsa Memali sebelum ini dianggap syahid hanya sia-sia.

Katanya, kedegilan Abdul Hadi menarik balik amanat beliau mengkafirkan UMNO pada 1981 sehingga menimbulkan perpecahan kronik dalam kalangan orang Melayu dan bertindak menyalahkan pengikut sendiri amat mendukacitakan.

“Mereka jadi demikian kerana tarbiah Pas selepas taksub dengan amanat Haji Hadi. Adalah tidak bertanggungjawab jika Abdul Hadi menganggap golongan yang taksub dengan amanatnya sebagai pelampau," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment