My Add

Tuesday 5 February 2013

Pas terima kesan negatif hasil tindakan Hadi

KUALA LUMPUR, ISNIN, 04 Februari, 2013: Tindak- tanduk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu kalimah Allah kini secara tidak langsung telah mencemarkan Pas di mata masyarakat terutama ahli dan penyokong parti itu.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, Pas menerima kesan negatif itu selepas Pengerusi DAP, Karpal Singh yang juga rakan seperjuangan Abdul Hadi bertindak menyanggah kenyataannya yang mendakwa isu kalimah suci itu telah selesai.

Namun katanya, usaha Abdul Hadi untuk menutup rapat isu kalimah suci itu telah menjadi obligasi moral di pihaknya sendiri kerana jelas Presiden Pas tersebut tidak membuat kenyataan benar dan tindakan berkenaan hanya akan mengakibatkan kredibilitinya dipersoal sebagai Presiden dan ulama yang disegani.

Menurut beliau, Abdul Hadi terpaksa menerima implikasi daripada kenyataannya dalam isu kalimah Allah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment