*LAYANG-LAYANG berbentuk haiwan pelbagai warna menjadi tumpuan pengunjung Festival Layang-Layang Sedunia Ke-18 di Pasir Gudang, Johor, semalam.
JOHOR BAHRU, SABTU, 23 Februari, 2013: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan merasmikan Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Ke-18 di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, dekat sini hari ini.
Sejurus merasmikan festival itu, baginda menghadiahkan cendera mata dan mencemar duli beramah mesra dengan para peserta tempatan dan luar negara selama kira-kira 20 minit sambil ditemani anakandanya, Tunku Temenggong, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim dan Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim.
Yang turut hadir adalah Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Datuk Hoo Seong Chang serta pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri. - UTUSAN
Pesta yang penuh warna warni!!
ReplyDelete