My Add

Wednesday 20 February 2013

Sultan Selangor mahu pembubaran DUN dilakukan secara tertib

SHAH ALAM, RABU, 20 Februari, 2013: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dilakukan secara tertib dan teratur.

Abdul Khalid yang menghadap Sultan Selangor pagi tadi berkata, baginda bersetuju dengan hasrat untuk membubarkan DUN tetapi baginda mahu pembubaran itu dilakukan secara teratur.

“Tuanku bersetuju (pembubaran DUN)... saya akan mengumumkan pembubaran dewan pada masa yang sesuai dan dengan cara yang teratur supaya ada acara pembubaran itu.

“Oleh sebab itu, saya tidak mengumumkannya hari ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO kerajaan negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata berkata, Sultan Selangor tidak menghalang pembubaran dewan tetapi baginda mencadangkan supaya pembubaran itu dilakukan dengan cara tertib dan teratur.

Abdul Khalid berkata, beliau menjelaskan kepada baginda bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai halangan sekiranya pilihan raya negeri diadakan serentak dengan pilihan raya Parlimen.

Mandat DUN Selangor tamat pada 22 April ini. Sebelum ini Abdul Khalid berkata, beliau bercadang membubarkan DUN selepas sambutan Chap Goh Mei. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment