My Add

Wednesday 20 February 2013

Parti komponen BN perlu selesai segera masalah dalaman: Mohamad Hasan

SEREMBAN, RABU, 20 Februari, 2013: Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu menyelesaikan segera sebarang masalah dalaman yang ada terutama sebelum pucuk pimpinan mengumumkan senarai calon pada pilihan raya umum akan datang.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata ini bagi membolehkan parti menumpukan kepada usaha memenangkan calon dan mengelak berlakunya kesilapan yang tidak diingini sehingga memberi kemenangan mudah kepada lawan.

"Saya memang ada dengar macam-macam, saya pun ada bercakap dengan pihak terbabit supaya keadaan di kawasan mereka tidak keruh disebabkan kesilapan tidak diingini.

"Kita tidak mahu bagi kemudahan kepada orang lain untuk menang, hanya disebabkan kita punya kesalahan. Kalau mereka (pembangkang) memang bagus tidak mengapa... tapi mereka menang kerana kelemahan kita," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Katanya, semua parti komponen juga harus menyerahkan tugas menyenaraikan calon kepada pucuk pimpinan dan perlu akur dengan siapa saja yang dipilih bertanding.

Mohamad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri meminta anggota dari semua parti komponen supaya bersatu dan bersama-sama berusaha memenangkan wakil BN apabila senarai calon diumumkan kelak.

"Dalam pilihan raya biasalah sebelum dinamakan calon itu banyaklah lobi melobi di mana semua orang mahu jadi calon, tapi saya harap selepas calon dinamakan oleh pucuk pimpinan, kita harap semua orang bersama-sama kerja kuat memenangkan parti," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment