My Add

Tuesday 5 February 2013

Tarik bumiputera jadi usahawan

Oleh NURSURAYA ZULKIFLI

*ABDUL Ghafaar Atan (duduk dua dari kiri) bersama para peserta yang menghadiri Seminar Jati Diri Pemantapan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana di Melaka semalam.

MELAKA, ISNIN, 04 Februari, 013: Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) negeri memberi penekanan kepada usaha mempertingkatkan jati diri dalam kalangan usahawan bumiputera di samping menarik lebih ramai penyertaan dalam bidang keusahawanan.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghafaar Atan berkata, peningkatan bilangan usahawan yang menceburi bidang perniagaan itu sekali gus menyahut saranan kerajaan mencapai sasaran 30 peratus meningkatkan ekonomi orang Melayu di negara ini.

Menurutnya, Gabem sebagai badan yang berusaha membantu memperkasakan ekonomi bumiputera bertindak memberi motivasi kepada golongan usahawan bagi memantapkan organisasi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment