My Add

Saturday, 23 February 2013

Tiga maut dalam tembakan rambang

 *BEBERAPA buah kenderaan musnah dalam satu kejadian tembakan rambang di
 kawasan pelancongan Las Vegas Strip yang mengorbankan tiga orang, kelmarin. - AFP

LOS ANGELES, JUMAAT, 22 Februari, 2013: Tiga orang terbunuh dalam satu kejadian tembakan rambang di kawasan pelancongan Las Vegas Strip di sini, semalam ketika pihak polis memberi amaran tentang kumpulan penembak berkenaan yang masih bebas dan berbahaya.

Pegawai polis Las Vegas, Doug Gillespie berkata, kejadian tembakan yang berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi (8.30 malam waktu Malaysia semalam), turut menyebabkan kemalangan teruk membabitkan beberapa buah kenderaan di kawasan tempat letak kereta Hotel Aria.

Gillespie melaporkan, pemandu sebuah kenderaan Range Rover melepaskan tembakan ke arah pemandu kereta Maserati, menyebabkan pemandunya terbunuh sebelum kenderaan terbabit melanggar sebuah teksi dan terbakar.

Jelasnya, dua orang yang menaiki teksi berkenaan turut terbunuh dan sekurang-kurangnya enam lagi cedera.

Katanya, beberapa buah kereta turut dilanggar hingga mencetuskan keadaan huru-hara di pusat peranginan Flamingo itu.

"Kejadian tembakan yang berlaku di Las Vegas semalam, merupakan satu tindakan yang tidak dapat dimaafkan.

"Kami akan memburu mereka yang bertanggungjawab dan akan memastikan mereka dihukum," katanya.

Selain itu, Gillespie memberi amaran kepada orang ramai tentang penyerang yang menaiki Range Rover terbabit sebagai sangat berbahaya dan bersenjata kerana dilapor melepaskan tembakan rambang di sepanjang jalan di Las Vegas Strip.

Laporan polis pada awalnya menunjukkan insiden itu merupakan kejadian berbalas tembakan antara dua kumpulan bersenjata, namun siasatan lanjut mendapati tiada tembakan dilepaskan daripada pemandu kereta Maserati.

Kejadian tembakan terbaharu itu merupakan yang kelima berlaku di Las Vegas Strip sejak Disember lalu, namun Gillespie memberi jaminan, penduduk tempatan dan pelancong tidak perlu bimbang dengan insiden tersebut. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment