My Add

Saturday, 23 February 2013

Jualan kenderaan meningkat kepada 55,066 unit pada Januari

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 22 Februari, 2013: Jumlah jualan kenderaan penumpang dan komersial secara perbandingan tahun ke tahun bulan lepas meningkat 34.5 peratus kepada 55,066 unit kerana sentimen pengguna terus positif, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Pengeluaran kenderaan tahun ke tahun bagi Januari 2013 meningkat sembilan peratus kepada 56,232 unit daripada 51,394 unit.

Ia berkata, segmen kenderaan penumpang mencatatkan peningkatan jualan kepada 48,720 unit daripada 36,864 unit tahun lepas, manakala kenderaan komersial mencatatkan peningkatan jualan kepada 6,346 unit daripada 4,084 unit tahun lepas.

Ia berkata, pengeluaran bagi Januari juga bertambah kepada 56,232 unit daripada 51,394 unit dalam bulan yang sama tahun lepas dengan 50,567 unit kenderaan penumpang dikeluarkan, berbanding 46,265 unit dalam bulan yang sama tahun lepas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment