My Add

Thursday 14 February 2013

Tiga SAR didaftarkan sebagai SABK

PUTRAJAYA, KHAMIS, 14 Februari, 2013: Tiga Sekolah Agama Rakyat (SAR) hari ini didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam usaha untuk meningkatkan lagi akses dan kualiti pendidikan Islam.

Sekolah berkenaan ialah Madrasah Tarbiah Islamiah Mentakab, Temerloh dan Sekolah Agama Maahad Tahfiz Wa Ta'limil Al-Quran, Jerantut di Pahang serta Sekolah Menengah Agama Al-Maahadul Islami, Tasek Junjung Pulau Pinang.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr Rosli Mohamed usaha itu akan melahirkan lebih ramai ulama, mufti dan guru agama yang mempunyai latar belakang akademik yang hebat.

"Guru SABK juga akan diberi latihan bersesuaian, mendapat gaji yang lebih kompetitif serta berpeluang menjawat jawatan tetap dan berpencen," katanya pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman pendaftaran tiga sekolah itu di sini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata, murid SABK juga akan mendapat pendidikan lebih berkualiti di samping pelbagai kemudahan seperti bantuan per kapita, bantuan makan asrama serta bantuan buku teks seperti mana dinikmati pelajar sekolah arus perdana.

Rosli berkata, pendaftaran ketiga-tiga sekolah itu tidak akan menjejaskan operasi dan kurikulum sedia ada, malah ia akan terus dimantapkan lagi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment