My Add

Thursday 14 February 2013

Kadar jangka pendek ditutup stabil dengan campur tangan BNM

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 14 Februari, 2013: Kadar jangka pendek ditutup stabil hari ini dengan Bank Negara Malaysia (BNM) campur tangan untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Lebihan mudah tunai dalam operasi konvensional telah dikurangkan kepada RM16.661 bilion daripada RM26.914 bilion yang dianggarkan pada sesi pagi sementara lebihan dalam sistem Islam lega kepada RM4.688 bilion daripada RM5.722 bilion.

Terdahulu, bank pusat mengendalikan tujuh tender; tiga konvensional, satu repo dan tiga Al-Wadiah.

BNM turut menerbitkan tender lewat konvensional untuk sejumlah RM16.5 bilion dan tender Al-Wadiah RM3.5 bilion Al-Wadiah, kedua-duanya untuk wang satu hari.

Kadar semalaman ialah pada 2.9 peratus sementara kadar satu, dua dan tiga minggu, ialah pada 2.97 peratus, 3.01 peratus dan 3.04 peratus. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment