My Add

Monday 18 February 2013

Tujuh warga asing diculik di utara Nigeria

BAUCHI, ISNIN, 18 Februari, 2013: Kumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah kem syarikat pemaju di utara Nigeria, mengorbankan seorang pengawal manakala tujuh pekerja negara asing diculik.

Mereka yang diculik terdiri warga negara Britain, Greece, Itali, Lebanon dan Filipina, demikian disahkan pihak berkuasa negara itu hari ini.

Kes penculikan itu adalah yang terbesar membabitkan wilayah berkenaan yang kerang diserang militan Islam.

Serangan pada malam Sabtu lalu itu berlaku di pekan Jama’are di negeri Bauchi.

Kumpulan lelaki bersenjata itu mulanya menyerang sebuah penjara dan membakar dua trak polis, kata jurucakap polis Bauchi, Hassan Muhammed. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment