My Add

Monday 4 February 2013

Unit bermotosikal awasi pasar Wakaf Che Yeh

Oleh YATIMIN ABDULLAH

KOTA BHARU, ISNIN, 04 Februari, 2013: Bomba dan Penyelamat negeri mengambil inisiatif menempatkan unit bermotosikal di sekitar pasar malam Wakaf Che Yeh setiap kali musim perayaan dan cuti umum.

Pengarahnya, Azmi Osman berkata, langkah itu memudahkan pihak bomba menghulurkan bantuan awal jika berlaku kejadian tidak diingini di kawasan berkenaan yang sering menjadi tumpuan orang ramai.

Menurutnya, unit berkenaan akan membuat rondaan sehingga tamat perniagaan di pasar tersebut antara pukul 1 hingga 2 pagi melibatkan tiga anggota.

“Wakaf Che Yeh merupakan kawasan tumpuan orang ramai pada waktu malam dan lokasi ini meriah setiap kali musim perayaan atau cuti umum. Pihak kami melihat langkah ini sebahagian daripada aspek pencegahan bagi mewujudkan persekitaran selamat," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment