My Add

Monday 4 February 2013

Raja Ideris tidak pertahan kerusi DUN Sungai Air Tawar

SABAK BERNAM, ISNIN, 04 Februari, 2013: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Datuk Raja Ideris Raja Ahmad secara terbuka menyatakan pendirian untuk tidak lagi bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Wakil rakyat selama lima penggal itu berkata, sudah tiba masa untuk beliau mengundurkan diri bagi memberi laluan kepada muka baru untuk menggalas mandat Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi tersebut.

"Keputusan ini saya ambil dengan hasrat supaya dapat memberi ruang dan peluang kepada generasi muda yang boleh dibimbing untuk menjadi pemimpin di kawasan ini bagi memajukan parti pada masa akan datang.

"Bagaimanapun, saya bersedia untuk memberi apa juga sokongan, bantuan dan bimbingan kepada pelapis saya kelak," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Pada pilihan raya umum lalu, Raja Ideris mengekalkan kerusi DUN Sungai Air Tawar selepas menewaskan calon Pas, Azrul Khakim Suradi dengan majoriti tipis 123 undi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment