My Add

Wednesday 20 February 2013

Usaha atasi siput gondang, padi angin diperluas

TANJONG KARANG, SELASA, 19 Februari, 2013: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memperluaskan program Taklimat Kawalan Pergerakan Jentera Pertanian di seluruh negara bagi membendung masalah siput gondang dan padi angin yang menjadi punca kemerosotan pengeluaran hasil pertanian itu.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, program tersebut dilihat penting memandangkan siput gondang dan padi angin merupakan ancaman utama yang dihadapi majoriti penanam padi di negara ini.

Menurutnya, meskipun kerajaan memberikan subsidi racun kepada para petani berjumlah RM200 bagi setiap hektar, langkah itu belum cukup untuk memastikan kedua-dua masalah tersebut dapat diselesaikan sepenuhnya.

"Kita sedia maklum masalah siput gondang dan padi angin turut disumbangkan oleh pergerakan jentera pertanian dari satu negeri ke negeri yang lain. Mesin berkenaan sentiasa bergerak sama ada dari Kedah ke Selangor, Pahang, Perak dan sebagainya. - UTUSAN

1 comment:

  1. Kami sedia membantu bagi membendung masalah siput gondang.

    Produk kami telah di perakui BEBAS dari sebarang perosak kaurantin dan BEBAS dari sekatan kaurantin tumbuhan oleh Bahagian Perlindungan Tananam dan Kaurantin Tumbuhan, Jabatan Pertanian.

    Bagi yang berminat, sila hubungi kami di alamat email ini: haraventures@gmail.com

    ReplyDelete