My Add

Friday 8 February 2013

Zahid gesa saranan Nasharudin wajar diberi perhatian pucuk pimpinan Pas

BAGAN DATOH, KHAMIS, 07 Februari, 2013: Saranan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa supaya partinya keluar daripada pakatan pembangkang wajar diberi perhatian oleh pucuk pimpinan Pas.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata Nasharudin mahu melihat PAS berada di landasan perjuangan asal.

Malah, katanya, ahli akar umbi Pas sendiri marah sehingga memijak gambar pemimpin DAP yang dianggap menghina Islam dan pemimpin Pas berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu.

“Mutakhir ini, kepemimpinan Pas tak sanggup menyanggah apa yang diputuskan DAP terutama oleh Karpal Singh dan Lim Guan Eng yang meminta kalimah Allah dibenar digunakan agama lain.

“Biarpun Majlis Syura PAS memutuskan kalimah itu hanya boleh digunakan orang Islam, Karpal tetap menyanggah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan elaun sara hidup berjumlah keseluruhan RM281,000 kepada 1,405 nelayan kawasan Parlimen Bagan Datoh di Dewan Sanmarka, di sini, hari ini. - BH

No comments:

Post a Comment