Belanda arah tarik balik 50,000 tan daging lembu
AMSTERDAM, KHAMIS, 11 April, 2013: Pihak berkuasa keselamatan makanan Belanda mengarahkan penarikan balik kira-kira 50,000 tan daging lembu daripada pasaran selepas dikhuatiri ia mengandungi daging kuda.
Pihak Berkuasa Keselamatan Produk Pengguna dan Makanan Belanda (NVWA) dalam satu kenyataan semalam berkata, lebih 130 syarikat pemprosesan daging di Belanda telah diarahkan supaya mengesan daging itu, yang diedarkan dua pemborong dari negara ini.
Pemborong itu ialah Wiljo Import en Export B.V. dan Vleesgroothandel Willy Selten B.V.
"Ia mungkin mengandungi daging kuda namun kami masih tidak pasti sama ada wujud kes atau tidak," kata jurucakap pihak berkuasa itu. - REUTERS/UTUSAN
No comments:
Post a Comment