My Add

Thursday, 11 April 2013

Perancis arah menterinya isytihar aset peribadi

PARIS, KHAMIS, 11 April, 2012: Menteri-menteri dalam kerajaan Presiden Francois Hollande diberi tempoh sehingga Isnin ini bagi mengisytiharkan kekayaan mereka untuk tatapan rakyat Perancis.

Langkah terbaharu itu diumumkan kerajaan minggu ini dalam usaha memulihkan keyakinan orang ramai dan mengehadkan kerosakan politik ekoran skandal membabitkan bekas menteri, Jerome Cahuzac yang menghadapi tuduhan penipuan cukai.

Beberapa menteri telah tampil termasuk Menteri Kesihatan, Marisol Touraine yang mengisytiharkan mempunyai kekayaan peribadi berjumlah 1.4 juta euro (RM5.5 juta) berdasarkan beberapa hartanah di Paris. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment