My Add

Wednesday, 10 April 2013

DAP mahu Kulasegaran, Muthu berdamai

IPOH, SELASA, 09 April, 2013: Tertekan dengan pelbagai spekulasi negatif berikutan pertelagahan antara Naib Presiden DAP, M. Kulasegaran dan bekas penyelarasnya di Parlimen Ipoh Barat, R.K. Muthu, DAP Perak hari ini meminta kedua-dua pihak berdamai secara baik.

Setiausaha DAP negeri, Nga Kor Ming berkata, Kulasegaran dan Muthu perlu mencari jalan penyelesaian menggunakan saluran dalaman parti dan bukannya bergaduh secara terbuka melalui media.

“Jangan jejas imej parti. Saya harap mereka dapat selesaikan masalah mereka menggunakan saluran parti," katanya dalam sidang akhbar di Wisma DAP di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment